n138863249505_7558Program Forum Bedah Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”, akan membuat kupasan berkenaan perbicaraan yang mencetuskan kontroversi di Malaysia lewat abad ke 20. Forum akan disampaikan secara santai, term2 undang-undang yang mudah difahami rakyat kebanyakan dan diulas oleh panelis yang pakar.

Panelis:
1) Prof. Dr Aziz Bari (Pensyarah Kanan, UIA)
2) YB Hj. Zulkifli Noordin / Hj Faiz Abdullah (Peguambela DSAI)

Berkenaan Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”

Pembicaraan Anwar Ibrahim seputar lewat abad ke dua puluh telah mengubah landskap badan kehakiman Malaysia selamanya.Setelah dijatuhkan salah dan disumbat ke dalam penjara selama 6 tahun, Anwar telah menjadi simbol pencari kebenaran dan penegak keadilan oleh generasi muda.

Anwar on Trial: In the Face of Injustice membawa pembaca melihat kembali perjalanan pembicaraan Anwar atas tuduhan rasuah pada tahun 1998/1999. ditulis oleh peguam anwar yang hadir sepanjang pembicaraan, buku ini menceritakan pengalaman terus penulis tentang apa yang berlaku di dalam dan di luar Mahkamah.

Pawancheek Marican mengkaji bagaimana badan kehakiman Malaysia dikasi secara sistematik dan berubah menjadi anak catur pemerintah yang kesannya akan kekal dirasai untuk satu masa yang lama. 

Buku ini menelanjangkan kerja jijik politikus yang mahu terus berkuasa disebalik larangan peguam Anwar untuk membongkar konspirasi hinggalah peranan Peguam Negara dalam kes ini yang menimbulkan syak. 

Buku ini tiba tepat pada masanya ketika Anwar menghadapi satu lagi pertuduhan liwat, tapi kali ini beliau bebas di rumah sendiri dan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.

http://www.gerakbudaya.com/products-page/asian-studies/anwar-on-trial–in-the-face-of-injustice/