DPP Kawasan Segamat

SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, “Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-­Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.

Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa”. Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

“Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.”

“Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat).

Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”.

H.R. Bukhari Muslim

Keterangan :

Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.

Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

PERSOALAN MULA TIMBUL : SIAPAKAH PEMIMPIN YANG DIMAKSUDKAN OLEH BAGINDA NABI SAW? DILANTIK MENJADI PEMIMPIN WALAUPUN TIDAK AMANAH. KENAPA INI BOLEH BERLAKU? ADAKAH KITA YANG BERGELAR RAKYAT TELAH BUTA HATI UNTUK MEMILIH YANG MANA INTAN DAN YANG MANA KACA? FIKIR2KAN SAHABATKU..

by YB Er Teck Hwa – Ahli Parlimen Bakri seperti yang tersiar dalam http://malaysia-today.net

Kenyataan Ketua Pemuda PKR juga Ahli Parlimen Balik Pulau, sdr. Mohd Yusmadi Mohd Yusuff bahawa formula kepimpinan yang digunakan oleh BN/UMNO yang menjunjung agenda perkauman telah ditolak oleh rakyat, citra kepimpinan politik baru oleh Pakatan Rakyat telah disahut baik oleh masyarakat yang berbilang kaum telah diputarbelitkan oleh media perdana, Berita Harian sebagai jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sudah sampai masanya ditukar dengan digilirkan oleh semua kaum selaras dengan prinsip perjuangan gagasan Pakatan Rakyat, iaitu keadilan untuk semua. Sekali lagi seorang pemimpin muda yang berdarah keadilan dan berjiwa rakyat yang menolak kepimpinan BN/UMNO yang bersifat perkauman dan hipokrit telah difitnah oleh media perdana yang motif utamanya ialah menanam perasaan syak wasangka dalam kepimpinan Pakatan Rakyat di samping cuba membunuh kerjaya politik seorang pemimpin muda.

Agak malangnya, setiausaha kepada Ketua Menteri Pulau Pinang juga Ahli DUN Komtar, sdr. Ng Wei Aik telah mengeluarkan kenyataan yang melulu selepas kenyataan akhbar Berita Harian tersebut. Sdr. Yusmadi telah dituduh sebagai gila kuasa dan berjiwa perkauman. Formula jawatan Ketua Menteri tidak akan ditukar kerana jawatan tersebut telah disandang oleh kaum Cina sejak dulu dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sanggup menolak niat akar umbi UMNO Pulau Pinang untuk menyandang jawatan tersebut. Tindakan sdr. Ng agak tidak masuk akal kerana sudah dimaklumkan awal oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa akhbar seperti Berita Harian perlu diboikotkan kerana sentiasa memutarbelitkan kenyataan dan imej Pakatan Rakyat. Sdr. Ng sepatutnya merujuk kepada sdr. Yusmadi sebelum membuat sesuatu kenyataan yang boleh merosakkan hubungan persahabatan dan semangat silaturahim antara PR. Tindakan sdr. Ng bagai Jelongak Kerbau Rampung. Beliau tidak sedar telah terjerumus dalam perangkap BN/UMNO.

Pucuk pimpinan Pakatan Rakyat perlu mengambil perhatian yang serius tentang persefahaman dalaman yang kian rapuh. Sandiwara yang sentiasa dipermainkan oleh Hassan Ali, Ahli Exco DUN Selangor sungguh memeningkan kepala. Dakwaan sesetengah wakil rakyat PR dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti sungguh menyediakan. Ditambah pula, ada wakil rakyat PR yang sanggup menuding jari kepada sahabat seperjuangan dan masih mabuk dalam kejayaaan tsunami politik 308. Selagi persefahaman dalaman tidak  dipupuk sekarang, misi menuju ke Putrajaya agak malap dalam pilihan raya umum akan datang.

Sudah tiba masanya parti-parti Pakatan Rakyat didaftarkan dan digemblengkan di bawah suatu panji demi perpaduan untuk mengembalikan keadilan kepada rakyat. Sungguhpun ideologi politik agak berlainan,  keikhlasan dan kejujuran untuk merangkakan suatu mekanisme yang boleh dikongsi bersama dan diterima umum untuk kepentingan rakyat perlu disegerakan. Berbagai-bagai perangkap telah dipasang siap oleh BN/UMNO terutamanya dengan media perdana untuk memecahbelahkan PR. Selagi wakil rakyat PR tidak sanggup mewujudkan persefahaman yang jitu dan sentiasa ingin menonjolkan diri dengan kenyataan akhbar yang membabi-buta, rakyat akan hilang kepercayaan dan menghukum dengan kertas undi dalan pilihan raya yang akan datang. Ingat, jangan berlagak bagai Jelongak Kerbau Rampung.

Isu jawatan Ketua Menteri digilirkan masih boleh menjadi perbalahan antara pemimpin baru PR agak memalukan. Sudah dimaklumkan umum bahawa misi perjuangan PR ialah mengembalikan keadilan untuk rakyat. Ketuanan Rakyat dijunjung. Biarlah kuasa rakyat yang menentukan bukan sahaja jawatan Ketua Menteri, bahkan Menteri Besar dan Perdana Menteri tidak harus dihadkan kepada kaum tertentu seperti mana mekasnime perkauman yang diamalkan oleh BN/UMNO. Pucuk pimpinan bukan berdasarkan warna kulit lagi. Sesiapa yang jujur, ikhlas, kreatif, bersih, cekap, dedikasi di samping nilai-nilai murni yang lain dan sentiasa tertakluk di bawah Tuhan akan diangkat sebagai pemimpin negara.

Pucuk pimpinan PR bukan sahaja perlu merangkakan strategi politik untuk memenangi pilihanraya akan datang, tetapi juga perlu merangkakan suatu mekanisme pentadbiran awam dari pusat hingga akar umbi yang lebih relevan untuk menggantikan sistem pentadbiran awam sedia ada yang ala-British yang dikatakan lembab, tidak effisen, membazirkan dan sebagainya yang tidak setara dengan kehendak dunia sekarang. Kesampaian sesuatu pelaksanaan yang memanfaatkan rakyat tidak akan terbantut di tangan sesetengah pegawai yang tidak mengerti intergrati masing-masing. Selepas PR didaftarkan di bawah satu panji, suatu jawatankuasa khas untuk mekanisme pentadbiran perlu diwujudkan demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat kelak.

Perselisihan antara PR diharapkan akan berakhir selepas isu jawatan Ketua Menteri digilirkan ini. Masing-masing perlu menanyakan diri tentang kesanggupan untuk dedikasi kepada rakyat. Sesiapa yang cuba menangguk dalam air keruh, sila undur diri kerana misi perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk rakyat, bukan untuk agenda peribadi.

Posted by: Uncle Ash | September 28, 2009

Forum Bedah Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”

n138863249505_7558Program Forum Bedah Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”, akan membuat kupasan berkenaan perbicaraan yang mencetuskan kontroversi di Malaysia lewat abad ke 20. Forum akan disampaikan secara santai, term2 undang-undang yang mudah difahami rakyat kebanyakan dan diulas oleh panelis yang pakar.

Panelis:
1) Prof. Dr Aziz Bari (Pensyarah Kanan, UIA)
2) YB Hj. Zulkifli Noordin / Hj Faiz Abdullah (Peguambela DSAI)

Berkenaan Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”

Pembicaraan Anwar Ibrahim seputar lewat abad ke dua puluh telah mengubah landskap badan kehakiman Malaysia selamanya.Setelah dijatuhkan salah dan disumbat ke dalam penjara selama 6 tahun, Anwar telah menjadi simbol pencari kebenaran dan penegak keadilan oleh generasi muda.

Anwar on Trial: In the Face of Injustice membawa pembaca melihat kembali perjalanan pembicaraan Anwar atas tuduhan rasuah pada tahun 1998/1999. ditulis oleh peguam anwar yang hadir sepanjang pembicaraan, buku ini menceritakan pengalaman terus penulis tentang apa yang berlaku di dalam dan di luar Mahkamah.

Pawancheek Marican mengkaji bagaimana badan kehakiman Malaysia dikasi secara sistematik dan berubah menjadi anak catur pemerintah yang kesannya akan kekal dirasai untuk satu masa yang lama. 

Buku ini menelanjangkan kerja jijik politikus yang mahu terus berkuasa disebalik larangan peguam Anwar untuk membongkar konspirasi hinggalah peranan Peguam Negara dalam kes ini yang menimbulkan syak. 

Buku ini tiba tepat pada masanya ketika Anwar menghadapi satu lagi pertuduhan liwat, tapi kali ini beliau bebas di rumah sendiri dan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.

http://www.gerakbudaya.com/products-page/asian-studies/anwar-on-trial–in-the-face-of-injustice/

Posted by: Uncle Ash | September 18, 2009

lafaz takbir

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahan-Nya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah

AMK MUAR MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR BATIN

dari dari laman blog YB Er Teck Hwa

Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa bersama ahli Pakatan Rakyat telah turun pandang ke Parit Baru untuk memberikan sumbangan dan bantuan keperluan asas kepada penduduk fakir miskin dan ibu tunggal pada petang 29hb, Ogos 2009.

Di samping memberikan bantuan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula pasir, tepung gandum, teh dan buah kurma kepada golongan fakir miskin dan ibu tunggal, program anjuran bersama pemberian bubur lampuk oleh DAP, PAS dan PKR juga diadakan. Ini bertujuan memberitahu rakyat Malaysia yang berbilang kaum bahawa Pakatan Rakyat yang berlatarbelakang ideologi politik dan agama yang berbeza sanggup melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh demi kebaikan rakyat.

 Pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah Ketua PAS Bahagian Parit Baru, Haji Shanon, bekas calon PKR kawasan Bukit Naning, Haji Kusni Simon dan AJK Angkatan Muda Keadilan Bahagian Muar, Ahmad Anwar Asyraf.

YB Er telah memberikan ucapan ringkas tentang perlakuan harian manusia yang berbagai agama akan menentukan kehidupan akhirat nanti. Beliau memetikkan kata-kata bernas Tok Guru, Dato Nik Aziz bahawa ciptaan dunia oleh Tuhan merupakan sedekah yang perlu dijunjung kasih oleh manusia. Segala perlakuan yang baik merupakan pahala yang akan dinilai di dunia akhirat. Ibadah bukan setakat sembahyang tanpa merendah diri kepada Allah. Manusia sentiasa tertakluk di bawah Tuhan. Manusia yang berkemampuan perlu sentiasa menolong mereka yang lemah, miskin dan tidak bernasib baik tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang politik dengan hati yang jujur dan ikhlas.

Setelah selesai majlis penyampaian bantuan tersebut, bubur lambuk yang telah siap bungkus telah dihantar ke pasar malam untuk diagihkan kepada orang ramai. Pekedai Muslim tempatan juga menyahut program ini dengan mendermakan sayuran, tepung gandum dan gula pasir kepada orang ramai.

 Dalam suasana meriah dan sambutan yang baik, bubur lambuk dan derma telah kehabisan dalam sekelip mata. Menurut penduduk tempatan, ini adalah kali pertama seorang wakil rakyat bukan muslim tampil diri ke kawasan kampung Melayu . Lebih-lebih lagi penduduk tempatan juga terpegun dengan kedatangan dan bantuan YB Er dalam bulan Ramadan. Tiadapun seorang wakil rakyat bukan muslim BN jejak ke sana selama ini. Ini menunjukkan YB Er adalah seorang wakil rakyat yang perihatin dan sanggup memafami dan bekerjsama dengan masyarakat muslim. Tindakan menderma oleh Pakatan Rakyat ini bukan sahaja mendapat sambutan yang baik, bahkan semangat silaturahim yang dijalin makin erat antara mereka yang berbagai kaum dan agama.

Sudah diketahui umum bahawa kawasan Parlimen pembangkang memperolehi peruntukan Persekutuan untuk kebaikan kawasannya adalah mustahil. Sepertimana kenyataan PM bahawa setiap wakil rakyat berhak mendapatkan peruntukan khas YAB Perdana Menteri sebanyak RM 1 juta dalam sedang Dewan Rakyat yang lepas. Duit peruntuksan itu berasal daripada pungutan cukai orang ramai yang sepatutnya disalurkan semula untuk kebaikan rakyat tanpa ambilkira latar belakang sosial- politik dan agamanya. Bukan sebagai alat untuk menggertak rakyat !

YB Er telah melakukan pemohonan peruntukan khas YAB Perdana Menteri sejak Julai, 2009 untuk kawasan Bukit Naning iaitu merangkumi bantuan Buka Puasa untuk masjid dan surau tempatan, bantuan untuk golongan fakir miskin dan ibu tunggal serta bantuan perayaan Aidilfitri untuk muslim dan musliman tempatan. YB Er telah mengunjung pejabat PPNJ untuk mengetahui status permohonan peruntukan tersebut. Maklum balas daripada Setiausaha PPNJ ialah mereka tidak melarang sesiapapun untuk memohon peruntukan, wakil rakyat pembangkang juga boleh menulis permohonan seperti orang awam, tetapi tidak perlu mengetahui maklumat terperinci, cara dan perkembangan sebab keputusan akhir adalah tertakluk kepada mereka. Lagipun peruntukan ini sepatutnya untuk parti pemerintah sahaja. (dengan nada tinggi dan hidung tak mancung macam mat salleh berkata, “peruntukan ini for ruling party only”). Gelagatnya bagai jelongak kerbau rampung. Daripada kunjungan PPNJ ini seakan kerajaan BN ingin wakil rakyat pembangkang memaklumkan kepada rakyat bahawa cara pembelanjaan wang peruntukan adalah hak BN, tak perlu dipersoalkan. Pegawai perkhidmatan awam berkenaan tidak mengerti integrati kerjanya dan perlu bebas daripada pengaruh politik.

Dalam keadaan serba kekurangan, pihak peniaga Muar sanggup menderma untuk menjayakan program bantuan ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara-mara Pangkatan Rakyat, pihak penganjur, penderma serta penduduk kampung yang sama-sama menikmati rahmat program ini. Diharapkan program untuk kebaikan rakyat ini akan disusul dan diteruskan.

Er Teck Hwa
04/09/2009

P8290061

Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat ,menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom “siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?” Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua.

Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya ; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM

Posted by: Uncle Ash | August 20, 2009

Siapa Itamar Rabinovich? APCO-Najib Scandal

Itamar Rabinovich

Itamar Rabinovich served as Israeli ambassador to the United States and was Israel’s chief negotiator with Syria under the Yitzhak Rabin government. Ambassador Rabinovich is an incumbent of the Yona and Dina Ettinger Chair in Contemporary History of the Middle East, a senior research fellow at Tel Aviv University’s Moshe Dayan Center for Middle Eastern and African Studies, a distinguished global professor at New York University, and the author of several books on modern and contemporary Middle Eastern history.

Ambassador Rabinovich has also held other positions at Tel Aviv University, including serving as the university’s president and director of the Moshe Dayan Center. He is a regular contributor to major print and television news outlets around the world, providing expert commentary and analysis on the policy, politics and history of the Middle East. Ambassador Rabinovich is also a sought-after participant on many international boards and forums, including the Trilateral Commission, the Saban Forum and the World Economic Forum. He is chairman of the Dan David Foundation.

Posted by: Uncle Ash | August 20, 2009

Siapa Shimon Stein?

Shimon Stein

Shimon Stein served as Israeli ambassador to the Federal Republic of Germany, following a long and distinguished career in the Israeli government and Foreign Service.

Ambassador Stein’s previous roles include service as a councilor for political affairs at the Israeli Embassy in Bonn and a senior analyst at the Centre for Political Research. He was also deputy director for the Office of the State Secretary for the Ministry of Foreign Affairs and later minister-counselor for political affairs for the Embassy of Israel in Washington, D.C.

Ambassador Stein was minister and director for the Department of Arms Control and Disarmament for the Ministry of Foreign Affairs in Jerusalem. He served as deputy state secretary and director of the division for the Commonwealth of Independent States and Central and Eastern Europe Department for the Ministry of Foreign Affairs in Jerusalem.

Posted by: Uncle Ash | August 20, 2009

1 Malaysia -Najib lantik Yahudi penasihat kerajaan Malaysia

dipetik dari http://ikhwanhafiz.blogspot.com/2009/08/1-malaysia-najib-lantik-yahudi.html

Oleh: Fazallah Pit

Ketika pemimpin Umno heboh memfitnah Anwar Ibrahim sebagi pengkhianat, kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak, menjadi antara pelanggan awal APCO Worldwide (klik di sini), sebuah firma perunding antarabangsa yang dikuasai Yahudi.

Kerajaan Umno- BN telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit untuk APCO untuk syarikat Yahudi itu menasihati Najib mengenai imej beliau yang tercalar didalam dan luar negara.

Syarikat milik Yahudi itu juga akan menjadi penasihat utama kepada Duta baru malaysia ke Amerika Syarikat, Jamaludin Jarjis. Sumber mengatakan antara misi utama APCO dan Jamaludin ialah memintas sokongan meluas Anwar dikalangan ahli politik, cendekiawan dan tokoh korporat di Amerika Syarikat, khususnya apabila perbicaraan terhadap tuduhan liwat bermula bulan depan. APCO juga dikatakan diberi misi untuk membantu mengatur perjumpaan antara Najib dan Presiden baru Amerika, Barack Obama.

Najib telah merestui perlantikan APCO juga setelah menghadapi krisis keyakinan terhadap kepimpinannya berikutan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan skandal pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu dan rasuah komisyen pembelian senjata semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif APCO Margery Kraus mengumumkan pada 10 Ogos lalu bahawa syarikat yang dipimpin oleh orang Yahudi itu akan membuka pejabat baru di Malaysia bulan depan.

Beliau turut mengesahkan APCO akan memberi sokongan kepada Kedutaan Malaysia di AS bagi mengukuhkan komunikasi strategik diperingkat global.

“Paul Stadlen yang sebelum ini bertugas di London, bertindak sebagai pengarah urusan di Malaysia bagi membaiki pengurusan hubungan media dan reputasi antarabangsa.” kata beliau dalam laman web firma itu.

Antara pegawai kanan APCO ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang pernah berkhidmat dalam kerajaan Israel untuk tempoh panjang. beliau adalah pakar polisi ekonomi dan hubungan antarabangsa.

Beliau adalah individu penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem dan Institut Sains Weizmann.

Seorang lagi pegawai kanan APCO ialah Itamar Rabinovich bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak rabin masih menguasai kerajaan.

Kepentingan Najib akan dipantau oleh pengurusan APCO yang turut merangkumi John W Magaw. Magaw pernah berkhidmat sebagai Pengarah Agensi Perisikan AS dan Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan, selain menjadi ejen khas dalam Biro Sekuriti Presiden.

Individu penting yang lain dalam APCO ialah bekas senator AS, Donald W Riegle Jr; Bekas Duta AS, J Stapleton Roy dan bekas senator serta duta AS, Jim Sasser.

APCO yang bertindak memberi nasihat dalam aspek politik, perdagangan, kewangan dan kumpulan media, ditubuh pada 1984 dan berpengkalan di Washington.

Selain memiliki 28 cawangan di Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia, APCO turut memiliki pejabat di Tel Aviv, Israel.

(Artikel ini boleh didapati dalam edisi cetak Suara Keadilan, 18-25 Ogos 2009)

// *** siapa sekarang AGEN Amerika ? Yahudi ?

Posted by: Uncle Ash | August 20, 2009

APCO Worldwide Opens in Malaysia

Firm to assist new Malaysian government in strengthening communication

Hong Kong (August 10, 2009) – APCO Worldwide, continuing to broaden its activities in Asia, is opening a new office in Kuala Lumpur, Margery Kraus, president and chief executive officer, announced today. Among the office’s first clients is the Government of Malaysia under the government of Prime Minister Najib Razak.

“Malaysia continues to demonstrate that it is a major player in Asia, one of the great manufacturing nations for electronics and a sophisticated participant in global markets across many sectors,” said Kraus. “APCO’s ability to leverage strategic communication capabilities across borders mirrors the kind of leverage Malaysia has achieved in its approach to business and trade, making this a natural location for our expansion.”

One of the first clients of APCO’s new office will be the Malaysian government, which is retaining APCO to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO will also assist the Malaysian government’s new leadership by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa. Separately, APCO will be providing support in Washington, D.C., to Malaysia’s ambassador to the United States.

“As Malaysia moves forward, the government wants to ensure that it is able to provide information to the public quickly and transparently, making use of all relevant new technologies,” said Kraus. “Our team in Kuala Lumpur will include seasoned professionals from many countries, including Malaysia, who are on the cutting edge of new media. They will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

Paul Stadlen, previously based in APCO’s London office, will serve as managing director of APCO in Malaysia. An award-winning specialist in media relations and international reputation management, Stadlen’s clients include business leaders at blue-chip multinationals from various sectors. Clients have also included government leaders in Europe, the Middle East, Africa and Asia. A former journalist, Stadlen previously worked for the BBC and has written for The Times of London and Prospect magazine.

“This is a time of opportunities for Malaysia,” said Stadlen. “APCO is delighted to share media expertise and strategic communication services with the Malaysian government and other clients in Malaysia. We are excited about Malaysia’s future and our ability to participate in it.”

Older Posts »

Categories